Ugut sebar video aksi ranjang kerana putus cinta

SEORANG remaja berusia 19 tahun dari Wilayah Sumatera Selatan bertindak mengugut untuk menyebarkan video aksi ranjang bersama bekas teman wanitanya gara-gara hubungan mereka terputus di tengah jalan.

Suspek yang dinamakan sebagai CH turut meminta wang berjumlah 1.5 juta rupiah (RM437.80) daripada mangsa sebagai syarat agar dia tidak menyebarkan video tersebut, sumber Kosmo.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Mesuji, Fajrian Rizki berkata, suspek telah pun diberkas selepas menerima aduan daripada mangsa.

Menurutnya, kedua-dua pasangan kekasih itu telah berpisah, dimana ia menjadi punca suspek bertindak mengugut mangsa.

“Suspek meminta sejumlah wang daripada mangsa dan sekiranya ingkar, dia mengugut untuk menyebarkan video lucah mereka,” katanya.

Disebabkan bimbang video itu tersebar, mangsa menuruti permintaan suspek dan bertindak memindahkan wang berjumlah 1.5 juta rupiah (RM437.80) ke dalam akaun bank miliknya.

“Suspek telah ditahan dan mengakui perbuatannya. Dia dibawa ke Balai Polis Mesuji untuk siasatan lanjut,” tambah Fajrian.

Sumber: Kosmo