“Kami tak tidur, masuk sahaja kereta terus tak ingat apa” – Gadis terselamat kes kebocoran gas dedah kisah hitam dua tahun lalu

PASTI ramai yang masih ingat akan kisah menyayat hati yang meragut nyawa tiga sahabat yang juga penuntut kolej dalam tragedi terhidu karbon monoksida ketika tidur dalam kereta dua tahun lalu.

Kejadian yang berlaku pada September 2020 ini juga mendapat perhatian ramai ketika itu.

Menerusi laporan sebelum ini, empat orang sahabat ini dikatakan berehat di dalam kereta di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di Samagagah, Pulau Pinang selepas bercuti di Pulau Jerejak.

Polis mengesahkan punca kematian tiga penuntut kolej swasta disebabkan terhidu gas karbon monoksida hingga menyebabkan kegagalan pelbagai organ berfungsi.

Dan selepas dua tahun berlalu, satu-satunya mangsa yang terselamat iaitu Nor Aqilah Mohd Safwan

Aqilah, 23, yang juga merupakan adik kembar daripada salah seorang mangsa terkorban melalui laman TikTok miliknya mendedahkan pengalaman hitam itu. 

Menurut Aqilah, mereka berempat tidak melelapkan mata seperti laporan terdahulu.

Kejadian bermula apabila dua lagi sahabtaanya keluar membeli makanan serta minuman.

Selepas berkumpul semula di dalam kereta, mereka berbual dan tiada siapa pun tertidur kerana tujuan asal mereka berhenti adalah untuk mengalas perut.

“Kami langsung tak alami rasa mengantuk”

“Kami dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing kira-kira pukul 8 malam, kemudian kami singgah di stesen minyak kira-kira pukul 8.40 malam. Dua sahabat saya turut untuk membeli makanan kerana kelaparan.

“Kami langsung tak alami rasa mengantuk, namun ketika itu kakak saya yang juga pemandu ketika itu mula rasa pening.

@qillmyname

Reply to @jue1110 Semoga terjawab segala soalan. Kalau vid laju boleh pause 🥰

♬ Kamu Dalam Kenangan – LeeSG

Aqilah bagaimanapun menjelaskan dia turut mengalami rasa pening sebaik rakan-rakannya elesai membeli makanan.

Dia kemudian bersandar dan tidak sedarkan diri.

“Buka sahaja mata, saya sudah berada di katil hospital”

“Kami kemudian berborak seperti biasa di dalam kereta, namun saya pula mengalami pening yang teramat sangat dan terus letakkan makanan lalu bersandar. 

“Saya kemudian tidak sedarkan diri. Buka sahaja mata, saya sudah berada di katil hospital. Saya hanya dijelaskan situasi sebenar selepas dipindahkan ke wad biasa. 

“Apapun yang terjadi, saya berserah kerana ia sudah tertulis begitu. Al-Fatihah untuk sahabat syurga saya.