Trailer rempuh kenderaan di lampu isyarat, 5 maut

LIMA individu disahkan maut selepas sebuah trailer membawa muatan kontena merempuh barisan kenderaan yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Korban kecelakaan yang terjadi di simpang Muara Rapak, Balikpapan, Kalimantan Timur juga dijangka meningkat.

Menurut wakil pihak berkuasa, Sony Irawan, mereka kini sedang giat mengumpul maklumat mangsa serta kenderaan terlibat.

“Pasukan kami sedang giat mengumpul informasi mangsa terlibat yang telah dikejarkan ke hospital.

“Setakat ini, lima mangsa kemalangan disahkan terkorban,” jelas Sony.

Jelas Sony lagi, trailer berkenaan dipercayai mengalami kegagalan brek.

“Trailer terbabit dipercayai mengalami kerosakan brek, akibatnya berlaku rempuhan tersebut,” jelasnya.

Sumber: Kompas