John Cena Tampil Berbogel Sampaikan Anugerah di Oscars 2024

Ahli gusti terkenal, John Cena tampil berbeza di anugerah Oscars apabila tampil di atas pentas dalam keadaan berbogel.

John Cena, hanya menggunakan sampul pengumuman kemenangan menutupi bahagian alat sulitnya sewaktu menyampaikan anugerah Kostum Terbaik.

 

Bagaimanapun, penampilan John Cena untuk berbogel telah pun dirancang. Menurut Variety, aksi tersebut sebagai penghormatan terhadap kejadian yang pernah berlaku di Oscar 1974 di mana seorang lelaki tanpa seurat benang telah naik ke pentas.