Tergamak cungkil mata anak perempuan kerana belajar ilmu hitam untuk jadi kaya

TIDAK berhati perut! Itu yang boleh digambarkan apabila sepasang suami isteri tergamak mencungkil mata anak mereka gara-gara mempelajari ajaran ilmu hitam.

Lebih mengejutkan, perbuatan mereka itu turut dibantu nenek dan datuk mangsa, lapor Kosmo.

Malah, perbuatan pasangan dari Gantarang, wilayah Gowa di Sulawesi Selatan itu turut dibantu oleh nenek, datuk dan bapa mangsa.

Akibat perbuatan keluarga mangsa yang berasal dari Gantarang, wilayah Gowa di Sulawesi Selatan itu, mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun terpaksa dikejarkan ke Hospital Syech Yusuf.

Matanya dilaporkan luka teruk dan dikhuatiri hampir menjadi buta.

Bapa saudara mangsa yang dikenali sebagai Bayu berkata, dia telah masuk ke rumah mangsa ketika kejadian dan terdengar mangsa sedang menjerit dengan kuat.

Bayu kemudian melihat ibu dan bapa mangsa sedang cuba untuk mencungkil mata anak mereka manakala datuk, nenek dan seorang lagi bapa saudara mangsa sedang memegang tubuhnya.

Mereka didakwa bertindak demikian kerana sedang mempelajari ilmu hitam tersebut bagi mendapat kekayaan.

Sumber: Kosmo