Seorang wanita dipenjara 300 tahun akibat melakukan perbuatan sumbang terhadap seorang budak perempuan

Sifat tergamak seorang wanita yang mencabul dan melakukan perbuatan sumbang terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun di dalam tab mandi, lantas dihukum penjara selama 300 tahun sellepas mengaku bersalah.

Pesalah yang bernama Elizabeth Haway, 42, mengaku bersalah berulang kali selepas tujuh pertuduhan termasuk penderaan seksual oleh ibu dan bapa yang dihadapkan ke atasnya semasa prosiding di mahkamah Isnin lalu.

Sementara itu, Pedofilia yang berasal dari Princeton West Virginia, dilihat menangis ketika mengaku bersalah melakukan jenayah yang menyedarkab dirinya akan meringkuk dalam penjara seumur hidup.

Kemudian, menurut sumber Sinar Harian, Haway yang berdepan hukuman maksimum penjara selama tiga abad, di mana dia dijangka akan mula menjalani hukuman pada 28 Februari depan.

Seterusnya, Detektif Steve Sommers turut berkata, siasatan awal sebelum ini mendedahkan video yang telah tersebar di laman Facebook menunjukkan seorang lelaki mendera seorang kanak-kanak.

Namun perlakuan terkutuk wanita itu mula terbongkar selepas bilik mandi yang digunakan merupakan bilik mandi di rumah Haway.

“Kami menjumpai retakan di dinding dan tab mandi di rumahnya sama seperti di dalam video sumbang tersebut malahan wanita dewasa yang mempunyai tatu yang serupa dengan Haway.

“Mangsa kini di bawah jagaan perkhidmatan sosial,” katanya.