Setelah 21 tahun, Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Cincin

Hari ini berlakunya Gerhana Matahari Cincin atau digelar “Ring of Fire” yang berlaku di sebahagian benua Eropah, Asia, Australia. Lalu, Singapura dan Filipina antara negara yang paling jelas untuk memerhatikan fenomena ini berlaku.

Setelah 21 tahun berlaku, buat julung kalinya Malaysia sekali lagi berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Cincin yang sedang berlaku di Tanjung Piai, Johor dan Serian Sarawak.

Hanya dua kawasan itu sahaja yang berlaku kerana difahamkan kedudukan bulan,bumi dan matahari selari.

Kemudian, Tempoh gerhana akan berlaku sekitar jam 1.21 hingga 1.23 petang di Tanjung Piai manakala di Serian pula bermula 1.46 hingga 1.51 petang. Jika terlepas, orang ramai perlu menunggu pada 22 tahun akan datang. 

Bagaimanapun, menurut laporan Buletin 1.30, di seluruh negara lain juga turut berlaku fenomena gerhana matahari separa yang akan bermula kira-kira 10.30 pagi sehingga 3.30 petang.