Sekumpulan Lelaki Bersenjata Ceroboh Stesen TV Ketika Siaran Langsung

Sekumpulan Lelaki Bersenjata Ceroboh Stesen TV Ketika Siaran Langsung

 

Sebuah stesen televisyen di Ecuador gempar apabila siaran langsung telah diganggu oleh sekumpulan lelaki bersenjata. Bunyi tembakan dan jeritan turut kedengaran ketika siaran itu berlangsung.

Kejadian tersebut berlaku selepas Presiden Ecuador, Daniel Noboa mengeluarkan dekri mengisytiharkan 22 kumpulan samseng sebagai organisasi pengganas.

 

Kebanyakan lelaki bersenjata itu memakai serba balaclava dan serba hitam membawa senjata api dan menghampiri kakitangan stesen televisyen itu sebelum siaran langsung dihentikan.

Melalui hantaran media social polis, keadaan di studio tersebut memaparkan beberapa lelaki berbaring sambal tangan berzip di belakang

Noboa merupakan anak kepada salah seorang individu terkaya di negara dan telah menjadi presiden sejak November lalu. Antara salah satu janjinya sebagai presiden adalah untuk gelombang keganasan berkaitan perdagangan dadah di jalanan dan di penjara yang telah berkembang selama bertahun-tahun.