Kes Zayn Rayyan : Hampir 90 Peratus, Sedang Perincikan Identiti Suspek

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain menyatakan siasatan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistic Zayn Rayyan sudah hamper 90 peratus.

Ia melibatkan siasatan dalam pelbagai sudut, termasuk saintifik, forensik serta konvensional, dan selain itu polis sedang memperincikan identiti suspek.

Menurutnya lagi, kesemua saksi dan ahli keluarga yang pernah diambil keterangan bakal dipanggil semula bagi melengkapkan siasatan.

“Buat masa ini motif (pembunuhan) adalah sangat penting dan kita tidak mengetahui apa motif sebenar kanak-kanak itu dibunuh,” katanya dalam sidang media khas di Ibu pejabat polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan ujian patalogi hanya akan dibuat sekiranya terdapat maklumat baharu dan jika ada tangkapan dibuat selepas ini.

Setakat ini, pihak polis sudah merakam keterangan daripada 225 individu dan mengambil 248 sampel asid deoksiribonukleik (DNA) menurut Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay

Sumber : Astro Awani