Rusia serang hendap Ukraine pukul 5 petang ini?

Special forces photo created by kjpargeter - www.freepik.com

TENTERA Rusia akan menyerang hendap Ukraine hari ini pada pukul 1 pagi (waktu tempatan) atau 5 petang waktu Malaysia menurut sumber perisikan  Amerika Syarikat (AS).

Serangan dipercayai akan bermula dengan pelancaran peluru berpandu dan pencerobohan darat dengan kekuatan 200,000 tentera, lapor Kosmo.

Persiapan untuk mempertahankan Kiev dikatakan akan tetap diteruskan walaupun Presiden Rusia, Vladimir Putin memaklumkan telah menarik balik sebahagian besar tentera dari sempadan Ukraine.

Terdahulu, Rusia didakwa telah menarik balik kira-kira 10,000 tentera dari barat dan selatan negara itu ke berek selepas tamat latihan ketenteraan.

Bagaimanapun masih terdapat kira-kira 130,000 tentera kekal di sempadan timur dan selatan Ukraine dengan hampir 40,000 tentera pro-Putin di Belarus hingga ke utara.  

Seramai 30,000 lagi puak pemisah pro-Rusia bakal berhadapan dengan tentera Ukraine di jajahan Donbas yang ditawan. 

Persiapan diteruskan di Kiev apabila sistem anti-pesawat dihantar ke kedudukan bersama-sama kenderaan Pengawal Kebangsaan.

“Kami tidak boleh menerima apa-apa yang Rusia katakan atau lakukan. Kami perlu bersedia mempertahankan diri,’’ demikian menurut sumber tentera.

Sumber kanan berkata, Moscow dilaporkan akan menyerang di beberapa titik bahagian selatan, timur dan utara Ukraine.

Sumber: Kosmo