Petron Genting Highlands jadi lubuk bergambar, ‘owner’ mohon bantuan polis

SEJAK kebelakangan ini, lokasi stesen minyak Petron di Genting Highlands ibarat menjadi sebuah destinasi pelancongan yang wajib dikunjungi bagi mereka yang berkunjung ke pusat peranginan itu.

Stesen minyak Petron di kawasan itu bukan saja tular malah kini menjadi lokasi tumpuan bagi mereka yang mabukkan media sosial.

Keadaan pengunjung yang sesak telah mencetuskan perasaan kurang senang oleh pemilik stesen minyak tersebut sehingga mengakibatkan operasi stesen minyak itu terganggu.

Hal ini membuatkan pemilik terpaksa mendapatkan bantuan daripada pihak polis bagi meleraikan orang ramai yang berkumpul di kawasan itu yang sibuk memuat naik bahan di media sosial mereka.

Keadaan yang sangat sesak membuatkan campur tangan pihak polis untuk mengosongkan kawasan tersebut bagi memberi laluan kepada mereka yang benar benar memerlukan perkhidmatan di situ.

Tidak kurang juga komen dalam kalangan netizen yang menganggap sesetengah pihak sebagai tidak bertanggungjawab dengan menyusahkan pengguna lain demi kepuasan media sosial mereka.

Stesen minyak Petron di Genting Hinglands menjadi tumpuan orang ramai disebabkan keadaan kabus dengan kesan penggunaan cahaya di stesen minyak tersebut membuatkan ia menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk bergambar.