Remaja tidak berpakaian dicekup berdua-duaan di bilik persalinan

SATU video yang memeparkan dua remaja berusia belasan tahun ditangkap berdua-duaan di sebuah bilik persalinan di bandar Pasuruan, Jawa Timur tersebar luas di media sosial.

Video kejadian yang dimuat naik menerusi sebuah akaun Instagram itu dirakam oleh seorang wanita yang turut berada di tempat kejadian, lapor Kosmo.

Lebih mengejutkan, kedua-dua remaja berkenaan didapati tidak berpakaian ketika diserbu orang awam.

Kelihatan seorang lelaki yang memakai topi sedang mengarahkan mereka keluar dari bilik tersebut.

Video kejadian

Seorang remaja lelaki berseluar pendek kemudian dilihat keluar tergesa-gesa.

Wanita yang merakam video itu kemudian bertanyakan keberadaan remaja perempuan tersebut.

“Orangnya masih remaja. Perempuannya mana? Tak pakai baju pula,’’ ujar wanita berkenaan.

Lelaki bertopi kemudian memeriksa bilik tersebut sekali lagi sebelum mengarahkan remaja perempuan itu keluar. 

Perkongsian tersebut turut mendapat kecaman netizen yang risau dengan kelakuan tersebut.

Sumber: Kosmo