Enam maut akibat kabus tebal di India

Sumber : Siakap Keli

Seramai enam orang termasuk dua kanak-kanak maut, manakala lima lagi cedera akibat kenderaan yang mereka naik terhumban ke dalam sebuah terusan di negeri Uttar Pradesh di utara India pada lewat Ahad malam, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan.

Kemudian turut difahamkan, kejadian nahas berlaku susulan kabus tebal di daerah Greater Noida yang menyebabkan kenderaan malang tersebut terbabas disebabkan tahap penglihatan yang buruk sebelum terhumban ke dalam terusan.

“Sejumlah 11 orang berada dalam kereta Maruti Ertiga itu, yang terhumban ke dalam terusan Kherli di kawasan Dankaur.

Mereka telah dikejarkan ke sebuah hospital dan doktor telah mengisytiharkan bahawa enam daripada mereka meninggal dunia manakala lima yang lain sedang menjalani rawatan,” lapor media yang memetik kenyataan seorang jurucakap polis negeri.

Bagaimanapun laporan Bernama melaporkan, kabus semakin menebal di bahagian utara India. Lantas banyak penerbangan serta perjalanan kereta api ditangguhkan akibat tahap penglihatan yang buruk. 

Kabus tebal telah dilihat di banyak bahagian di utara India, yang mengakibatkan tahap penglihatan yang buruk dan menyebabkan sejumlah besar penerbangan serta perjalanan kereta api ditangguhkan.