Payudara terlalu besar hingga cedera terkena pemangang, namun permintaan kecilkan payudara gadis ini ditolak gara-gara….

SEORANG yang nekad untuk melakukan pembedahan mengecilkan payudara naik berang apabila permintaannya dihalang oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) Britain.

Esme Clemson, 20, dilarang mengecilkan payudara bersaiz 32 JJ atas alasan umur dan dan berat badannya yang tidak diizinkan, lapor Kosmo.

Gadis tersebut menjelaskan dia mahu menjalani pembedahan itu kerana mengalami pelbagai masalah fizikal termasuk sakit belakang.

Saiz payudara Clemson dikatakan mempunyai lapan saiz lebih besar daripada purata biasa gadis yang sama umur dengannya.

Gadis itu mendakwa, dia sering menjadi mengsa jenaka ketika berada di sekolah dan sehingga kini masih dibuli di jalanan selain menerima pelbagai komen berbaur lucah mengenai bentuk badannya.

“Orang sering menjadikan payudara saya sebagai objek seks. 

“Saya sering dipanggil ‘payudara besar’ dan perkataan-perkataan jijik seperti itu. Ia menyakitkan hati,” jelasnya.

Disebabkan itu, pada tahun 2018, Clemson meminta untuk mengecilkan saiz payudaranya namun dihalang atas faktor berat badan dan umurnya. 

“Memiliki payudara besar bukan satu kelebihan,” ujarnya.

Buat masa ini, Clemson memohon sumbangan dana daripada orang ramai untuk melakukan pembedahan mengecilkan “asetnya” itu

Melalui laporan WalesOnline pula, Clemson mendakwa pernah mengalami tragedi menyakitkan apabila payudaranya pernah ‘hampir dimasak’ apabila terkena dapur pemanggang semasa sedang membersihkan kawasan dapur ketika bekerja di sebuah restoran terkenal.

“Pemanggang masih panas ketika itu, saya membongkok sedikit untuk membersihkan belakang dapur namun payudara saya telah menyentuh pemanggang tersebut dan meninggalkan kesan terbakar,” tambahnya lagi.

Sumber: Kosmo, WalesOnline