Home Hiburan Kontroversi “Apa guna solat kalau tayang ‘body’?” – Baby Shima bidas komen ‘nakal’...

“Apa guna solat kalau tayang ‘body’?” – Baby Shima bidas komen ‘nakal’ main TikTok sambil pakai telekung

PENYANYI Baby Shima meluahkan rasa kurang senang apabila menjadi mangsa judgemental seorang individu di laman sosialnya.

Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, berkata komen tersebut dilontarkan apabila dia memuat naik satu video yang memaparkan dia memakai telekung.

“Semalam Shima ada post content di TikTok, lepastu ada la sorang mamat ni cakap apa guna solat kalau tayang body.

“Seakan-akan kau sorang je boleh solat? kau boleh tentukan siapa yang sah atau tidak solatnya? Sebab fikiran kau yang selalu berfikiran kotor, kalau orang pakai pakaian bertutup litup pun kau tetap akan berfikiran kotor,” luah Shima.

Penyanyi yang mencipta nama menerusi program  D’ Academy Asia musim ketiga di Indonesia ini turut mempertikai sikap individu terbabit yang seakan berselindung di sebalik komen yang menjurus ke arah keagamaan.

Shima, 29, turut mendedahkan lelaki terbabit sebenarnya gemar mengikuti gadis-gadis seksi di lama sosial.

“Kau kutuk aku tapi aku tengok kau banyak follow perempuan seksi, bukan tu namanya munafik ke? 

“Kalau nak tegur biarlah bertempat dan cermin diri sendiri dulu, jangan bertopengkan malaikat disebalik perangai syaitan kau tu. 

“Cukup la kau judge orang tu kau sekadar lihat dari luaran sahaja sedangkan kau tak tahu niat seseorang itu, tegas Shima.