SEPASANG kekasih ditahan selepas melakukan hubungan intim di bahagian tempat duduk belakang sebuah kereta peronda polis sambil merakam aksi mereka.
Polis peronda sebuah lebuh raya memberhentikan kereta BMW yang dipandu Yordan Noa, 24, dan menahannya selepas dia didapati memandu dengan lesen yang digantung, lapor Kosmo.
Pegawai polis tersebut, J.D. Perez-Morales berkata, dia kemudiannya mengarahkan Noa dan kekasihnya, Summer Watkins, duduk di bahagian tempat duduk belakang kereta peronda sebelum kedua-dua mereka mula melakukan perbuatan tidak senonoh.
Pasangan yang berasal dari Florida, Amerika Syarikat itu kemudiannya melakukan aksi tersebut sambil menghubungi seorang rakan lain menggunakan aplikasi FaceTime dalam kejadian yang dilaporkan berlaku minggu lalu.
Watkins juga dilaporkan dengan rasa bangga memberitahu rakan tersebut bahawa mereka melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta polis.
Morales kemudiannya turut menahan wanita itu atas dakwaan melakukan tingkah laku lucah serta melanggar ketenteraman.
Dia kemudiannya dibebaskan dari lokap selepas membayar ikat jamin sebanyak AS$1,000 (RM4,206)serta bakal dibicarakan di mahkamah pada 16 Disember ini.
Sementara Noa pula ditahan kerana memandu dengan lesen yang digantung.
Dia juga dituduh memiliki bahan terlarang dan melakukan perbuatan tidak senonoh di khalayak ramai serta tingkah laku lucah dan melanggar ketenteraman.
Namun dia dibebaskan selepas diikat jamin dan bakal dibicarakan di mahkamah pada 13 Disember depan.
Sumber: Kosmo