Warga emas nikahi gadis belasan tahun – “Yang masih bujang sabar ye. Mungkin jodoh anda belum lahir”

BAGI yang masih belum berkahwin meskipun usia semakin meningkat, mohon bersabar. Mungkin, jodoh anda masih belum lahir ke dunia.

Lihat saja apa yang berlaku di Subang, Jawa Barat, Indonesia apabila seorang lelaki berusia 71 tahun menikahi gadis berusia 18 tahun baru-baru ini, lapor portal Tribunnews.

Bukan saja perbezaan usia sebanyak 53 tahun, hantaran kahwin yang diberikan pengantin lelaki kepada isterinya iaitu sebuah motosikal Honda PCX, tilam dan almari juga menarik perhatian ramai serta viral di media sosial.

Apa yang mengejutkan, hantaran itu terpaksa diangkut dengan lori ketika majlis perkahwinan mereka.

PERKAHWINAN Abah Sarna dan Noni mengejutkan netizen Indonesia.

Portal Tribunnews melaporkan, lelaki warga emas itu dikenali sebagai Abah Sarna manakala isterinya bernama Noni Novita Handayani berasal dari Bunut Pangsor, Pegaden, Subang, Jawa Barat.

Abah Sarna dan Noni dilihat mesra seperti mempelai bahagia walaupun perbezaan usia yang sangat jauh.

Abah Sarna turut dilihat mengucup kening gadis yang dinikahinya itu, sementara Noni pula hanya tersenyum kerana tersipu malu selepas mendapat kucupan daripada suaminya.

“Hati saya terpaut dengan kelembutan wajah Noni setiap kali ingin membeli bahan api untuk kegunaan mesin di sawah yang dijual keluarganya,” kata Abah Sarna ketika mengimbau semula detik perkenalannya bersama isteri.

PASANGAN ini sempat bercouple selama sebulan sebelum membuat keputusan untuk bernikah.

Cerita Abah Sarna, dia juga sempat berpacaran selama sebulan dengan Noni sebelum mendirikan rumah tangga.

“Kejap putus, kejap sambung dalam masa sebulan bercouple macam orang muda bercinta. Akhirnya syukur, bernikah juga,” kata Abah Sarna yang telah menduda setelah kematian arwah isteri pertamanya tujuh tahun lepas.

Noni pula tidak mahu mempedulikan kata-kata orang kampung yang mengecam keputusannya bernikah dengan Abah Sarna.

“Saya sayangkan suami saya dan mencintai Abah Sarna seadanya biarpun ramai juga rakan-rakan terkejut dengan keputusan ini,” jelas Noni.

Pelbagai sumber memaklumkan, Abah Sarna memberi mas kahwin termasuk wang 10 juta rupiah (kira-kira RM2,819). – Agensi

Sumber: Harian Metro

Most Popular

**DIKEMASKINI: Didakwa terlibat kes rogol, cabul serta seks luar tabii, enam laporan polis dibuat terhadap pendakwah selebriti

PENDAKWAH selebriti yang kini sedang ditahan reman bagi membantu siasatan dakwaan kes rogol seorang kenalannya, dilaporkan terlibat dengan satu lagi kes dakwaan...

Susulan suspek warga Nigeria campak cucu dari tingkat 3 – sakit mental atau ajaran sesat?

TERLIBAT ajaran sesat ataupun menghidapi masalah mental? Itu dua kemungkinan berhubung suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya dari tingkat tiga...

Pramugari tawar khidmat pelacuran dalam ‘flight’, syarikat penerbangan mulakan siasatan

SYARIKAT penerbangan British Airways menjalankan siasatan selepas timbul dakwaan ada pramugari mereka menawarkan khidmat pelacuran di dalam penerbangan. Kru kabin...

Warga emas maut ditetak dalam insiden samun

SEORANG lelaki warga emas maut di kediamannya selepas terlibat insiden samun bersenjata selepas ditetak manakala isterinya turut dilaporkan cedera di Jalan Mambu, Bukit...