Lelaki popular di TikTok angkara kucing suka cium ketiak, raih lebih dua juta view

HANYA kerana ketiaknya suka dicium dan dijilat kucing kesayangan, seorang pemuda di Indonesia menjadi popular di aplikasi TikTok dalam sekelip mata, lapor portal Indozone.

Video yang dimuat naik oleh Ahmad Ijudin itu menunjukkan dirinya sedang berbaring dengan tangan kirinya diangkat, sebelum datang seekor kucing yang terus mendekati ketiaknya.

CERITA Ahmad Ijudin, kucing itu dipelihara anak saudaranya serta memiliki tabiat aneh yakni gemar mencium dan menjilat ketiak manusia.

Ahmad Ijudin berkata, kucing itu dipelihara anak saudaranya serta mempunyai tabiat yang aneh iaitu gemar mencium dan menjilat ketiak manusia.

Selepas diberitahu anak saudaranya mengenai tabiat pelik kucing itu, Ahmad Ijudin cuba untuk mengangkat tangannya sebelum kucing itu datang dan mencium ketiak lelaki itu dalam tempoh yang agak lama.

Ahmad Ijudin kemudiannya memuat naik video itu di TikTok sebelum tiba-tiba viral serta meraih lebih dua juta view dan 77,000 like.

SEHINGGA kini, video berkenaan telah ditonton lebih dua juta kali di TikTok.

“Anak saudara saya kata, kucing ini memang suka mencium dan menjilat ketiak.

“Mungkin ia berpunca daripada deodoran bauan kapucino yang saya pakai,” kata Ahmad Ijudin. – Agensi

Sumber: Indozone