Netizen China kecewa, ‘Yaya’ tidak terurus di US

December 31, 2021, Memphis, Tennessee, USA: YA YA the giant Panda at the Memphis Zoo in Memphis, Tennessee on December 31, 2021. She is on loan from China. There is a controversy surrounding YaYa saying she is not being well cared for. A zoo spokesperson said diagnostic testing show that Ya Ya is healthy. (Credit Image: © Karen Focht/ZUMA Press Wire

BARU-baru ini, tular di sosial media, Tiktok dan Twitter yang memaparkan rakaman seekor panda dikenali sebagai ‘Yaya’ dilihat tidak terurus dan kurus di Zoo Memphis di United States. 

Lebih mengejutkan, pihak Zoo Memphis sendiri yang memuat naik video Yaya ke akaun Tiktok mereka, @memphiszoo seakan ‘pejam mata’ melihat keadaan Yaya yang lemah dan kotor seperti tidak diabaikan kebajikannya. 

Seorang pengguna akaun Twitter, Yumi Yuni @hasutbeli, memuat naik ciapannya yang kecewa dengan pengurusan Zoo Memphis turut memberitahu isu ini juga menimbulkan ketidakpuashatian kepada rakyat China.

Menurut Global Times, rakyat China juga mengusahakan sebuah petisyen untuk membawa pulang Yaya kembali ke tanah airnya untuk memberikan rawatan yang lebih baik untuk nutrisi dan penjagaannya. 

Tindakan tersebut membuahkan hasil apabila beberapa veterinar dan penjaga dari Zoo Beijing telah dihantar ke US untuk bekerjasama dengan pengurusan Zoo Memphis bagi menyelamatkan Yaya. 

Yumi juga membandingkan keadaan panda di Zoo Negara yang lebih terjaga dan terurus serta aktif kerana pengurusan yang baik dan pemakanan yang mencukupi. 

Difahamkan kehadiran Yaya di US adalah sebagai kempen dalam kalangan rakyat China untuk melihat bagaimana panda menjalani kehidupan di zoo luar negara selain di China sendiri. 

Sumber gambar – Karen Focht/ZUMA Press Wire | Sumber laporan – Global Times & Twitter @hasutbeli