Kubah masjid Sulawesi runtuh, 12 jemaah cedera

SEKURANG-kurangnya 12 orang cedera apabila sebahagian kubah masiid di Sulawesi Selatan, Indonesia runtuh.

Masjid di daerah Ujung Tanah, Makassar yang dibina pada 1993 dilaporkan runtuh ketika ratusan jemaah termasuk kanak-kanak berkumpul untuk menunaikan solat Tarawih.

Datuk Bandar Makassar Danny Pomanto berkata mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital tentera, pusat kesihatan masyarakat Pattingalloang dan Hospital Akademis Jaury.

Beliau juga mengarahkan sema pihak berkuasa yang berkaitan memberi sokongan kepada mangsa yang cedera dan mengarahkan penutupan sementara masjid.

Siasatan sedang dijalankan dengan kerjasama jabatan kerja awam bandar untuk mengenal pasti punca kejadian, ketua polis Pelabuhan Makassar Yudi Frianto dipetik media sebagai berkata.

Sumber gambar – Arnas Padda (ANTARA photo) | Sumber laporan – Bernama