“ Mayat terbaring tepi jalan Wuhan” imej ini menakutkan masyarakat dunia

Sumber Gambar - The Sun

Cukup menakutkan untuk melihat gambar terbaharu yang ditularkan di media sosial tentang keadaan sebenar di bandar zombi atau Wuhan kini.

Mayat warga emas yang terbaring di tei jalan itu dikatakan meninggal akibat koronavirus. Bagaimanapun tiada siapa yang berani mendekati sehingga kehadiran pasukan perubatan.

Lengkap berpakaian anti jangkitan pasukan perubatan itu meletakkan warga emas didalam beg mayat sebelum disemburkan dengan semburan untuk menghapuskan kuman.

Sementara itu warga emas itu dikatakan tiba-tiba jatuh berdekatan bangunan hospital utama yang merawat pesakit koronavirus di bandar itu.

Ketika ini Wuhan dikenal pasti sebagai lokasi yang menjadi punca penyebaran wabak ini. Malah dalam mengelakkan penularan wabak ini keseluruh dunia penduduk Wuhan bukan sahaja tidak dibenarkan keluar dari bandar itu malah turuy berkurung di rumah.

Keadaan banda itu juga tidak ubah seperti “zombiland” apabila kesemua aktiviti harian dihentikan.

Melalui laporan antarabangsa ketika ini 259 orang maut selain 12 ribu lagi disahkan positif.

Sumber ; The Sun