Kononnya kesepian ditinggalkan isteri, lelaki tua kutuk tak sedar diri tergamak cabul anak yatim piatu

AKIBAT kesepian kerana ditinggalkan isteri, seorang lelaki berusia 58 tahun dari daerah Imogiri, Jogjakarta, Indonesia tergamak melampiaskan nafsu dengan mencabul budak perempuan yang juga penghuni rumah anak yatim, lapor Harian Metro.

Memetik laporan asal Tribunnews, kejadian berlaku ketika mangsa bermain dengan rakannya di sebuah kawasan air terjun baru-baru ini.

Bagi memastikan hajatnya tercapai, suspek yang telah ditinggalkan isteri dilaporkan mengumpan mangsa dengan wang.

Jurucakap Polis Bantul, Aipdha Musthafa Kamal berkata, siasatan mendapati suspek sudah melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak dua kali.

“Suspek melakukan perbuatan itu kali pertama pada 1 November lalu dan kali kedua, lima hari berikutnya.

“Kejadian kedua berlaku ketika mangsa bermain dengan rakannya di kawasan air terjun yang dijaga oleh suspek.

“Selepas melakukan perbuatan itu, suspek mengugut mangsa supaya tidak menceritakan apa yang berlaku kepada sesiapa,” katanya.

Namun, mangsa tidak berdiam diri, sebaliknya mengadu kepada ibu saudaranya yang datang melawatnya di rumah anak yatim.

“Keluarga mangsa memaklumkan perkara itu kepada pengurus rumah anak yatim sebelum melaporkannya kepada polis.

“Susulan aduan itu, polis menahan suspek untuk disoal siasat.

“Pakar psikologi turut dipanggil bagi memberi bimbingan terhadap suspek,” katanya.

Menurut Musthafa, suspek didakwa mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak.

Sumber: Harian Metro