Ayob Khan dilantik Ketua Polis Johor yang baharu

36
Gambar Bernama

KUALA LUMPUR, 6 Feb — Ketua Penolong Pengarah E8 Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Ketua Polis Johor yang baharu berkuatkuasa 6 Mac ini.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata Ayob Khan turut memangku pangkat CP.

Sementara itu, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din akan bertukar jabatan ke Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

 

Sumber – BERNAMA

Baca juga:   Seramai 17,000 Pemandu e-Hailing Gagal Baharui Cukai Jalan