Sambut ulang tahun ke 37 tanpa suami, BCL akui perjalanan ini bukan mudah

Mempunyai pengikut hampir 15 juta orang di Instagram pasti ramai yang menanti kemunculan semula Bunga Citra Lestari (BCL) ke laman sosial.

Ternyata selepas Sebulan dia kehilangan insan yang paling dicintainya, BCL masih gagal mempunyai kekuatan untuk berkongsi apa-apa buat pengikutnya.

Namun semalam menjadi hari penting buat dirinya apabila menyambut ulang tahun kelahiran yang 37 tanpa kehadiran suaminya Ashraf Sinclair yang meninggal 18 February lalu.

“ saya tahu tidak berkongsi apa-apa kebelakangan ini, kerana sejujurnya saya masih belum mampu. Tetapi di hari istimewa ini hari lahir saya saya buat keputusan untuk berkongsi ini.

“Saya mahu ucapkan terima kasih untuk semua ucapan dan cinta yang diberikan untuk saya. Sangat bersyukur dikelilingi keluarga, rakan dan peminat yang menyayangi diri saya,” tulisnya di Insta Stories.

Sementara itu BCL akui kehilangan Ashraf bukan sesuatu yang mudah buat dirinya sehingga kini. Namun dengn kekuatan yang ada dia kini cuba bangkit meneruskan kehidupan.

“Ini bukan perjalanan yang mudah tapi sedikit demi sedikit aku berusaha bangkit dan berjalan.

“Di hari ulang tahunku ini, kalau boleh aku minta kirimkan doa untuk Ashraf dan doa kita semua agar dilindungi dari sebarang bahaya,” tulisnya.