“Ingatkan zakar, rupa-rupanya batu nisan”

SATU penemuan batu nisan berbentuk seperti alat sulit zakar menggemparkan penduduk di Jorong Balai Tabuah, Kabupaten Tanah Datar dalam wilayah Sumatera Barat, Indonesia, lapor Kosmo!

Memetik laporan asal portal Suara.com, berita itu disahkan oleh pengkaji Pemuliharaan Warisan Budaya dari Pusat Pemuliharaan Warisan Budaya (BPCB), Ahmad Kusasi.

Menurutnya, batu nisan dalam berbentuk kemaluan lelaki itu menjadi topik perbualan orang ramai selepas penemuannya, baru-baru ini.

“Dalam dunia arkeologi, batu nisan berbentuk kemaluan bukanlah perkara baharu di Sumatera Barat,” katanya.

Kebiasaannya, batu nisan berbentuk zakar diperbuat daripada batu berukir seperti yang terdapat di Sungai Tarab, Tanah Datar.

“Batu nisan adalah simbol kejantanan atau kekuatan yang telah wujud sejak permulaan Zaman Batu. Pada awalnya, ia cuma berbentuk silinder biasa sebelum ukiran ditambah menjadi bentuk tertentu,” katanya.

Tambah Ahamd Kusasi, budaya mengukir batu nisan seperti alat kelamin lelaki sudah lama dilupakan seiring dengan peredaran waktu kerana meninggalkan kesan buruk kepada masyarakat.

Sumber: Kosmo!

Most Popular