[Video] Buat Rumah Terbuka, Tetapi Tak Ada Orang Datang

Bila tiba sahaja bulan Syawal semestinya ramai yang akan menganjurkan rumah terbuka bukan sahaja untuk menjamu tetamu, malah untuk mengeratkan lagi silaturahim.

Bagaimanapun, seorang individu memuat naik video di Tiktok yang menjadi tular di media sosial di mana rumah terbuka yang dianjurkan tidak mendapat sambutan.

 

@muaandgroomingmelakasementara ada masa terluang cuti kite buat . tp ramai xdtg . tpi ade lah 2 3 kerat . terima kasih pada yg hadir walaupun x ramai . lauk banyak lagi ni 🥺♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

“Sementara ada masa terluang cuti kita buat. Tapi ramai tak datang. Tapi ada lah 2 3 kerat. Terima kasih pada yang hadir walaupun tak ramai. Lauk banyak lagi ni,” tulisnya.

Menjengah ke aplikasi X di mana video tersebut tular, ramai yang berpendapat punca tetamu tidak dapat datang ke rumah terbuka tersebut disebabkan masih ramai yang berada di kampung halaman.

 

“Dia buat open house 5 hari lepas. Masih awal sgt. Orang ramai beraya dekat kampung lagi time tu

“Kena buat list berapa orang yang dijemput, dan kena buat confirmation balik. Sebab musim raya kan, merata alam orang buat makan-makan. Bukan apa, kesian makanan tu bazir gitu je,” antara pendapat netizen.

Namun, ada juga yang berkongsi tips masa yang sesuai untuk menganjurkan rumah terbuka ketika bulan Syawal.

“Tips nak buat open house, seminggu or dua minggu lepas raya. Masa tu orang dah ada kat rumah. Kalau days after raya, semua masih kat kampung, masih beraya rumah keluarga terdekat,” kongsi salah seorang pengguna media sosial.