Gara-gara bercinta dalam satu syarikat, Ceo McDonald dipecat

CEO McDonald's Steve Easterbrook

Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s, Steve Easterbrook dipecat baru-baru ini kerana menjalinkan hubungan cinta dengan pekerjanya.

Melalui email yang dihantar kepada pekerja McDonald’s, Easterbrook turut mengakui kesalahnya dan bersetuju dengan undian , Ahli Lembaga Pengarah McDonald’s yang mahu dia berundur dari jawatan utama dalam syarikat tersebut.

Saya bersetuju dengan keputusan ini dan mengambil keputusan untuk berundur,” tulisnya.

Memulakan pekerjaan di syarikat makanan segera itu sebagai eksekutif utama sejak tahun 2015, Easterbrook menjadi antara CEO McDonald’s paling cemerlang berbanding CEO sebelum ini. Antara kejayaan terbesar duda anak tiga ini adalah penambahan cawangan McDonald’s di seluruh dunia yang mencatat kenaikkan dua kali ganda.

Sementara itu dalam kenyataan syarikat pengendali makanan segera itu menjelaskan bekas CEO itu menunjukkan kelakuan yang tidak baik dan dalam masa yang sama sudah termaktub dalam undang-undang syarikat ini melarang pengurusnya daripada mempunyai sebarang hubungan dengan pekerja bawahan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Pemecatan ini juga menjadikan Presiden McDonald’s AS, Chris Kempczinski sebagai CEO baharu syarikat ini.