Permaisuri Agong Bantu Izzue Dan Isteri

Pasangan Izzue Islam bersama isterinya Awin

Kisah untuk mendapatkan zuriat, pelakon popular, Izzue Islam dan pasangannya tidak sekadar mendapat perhatian peminat tetapi raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Berkongsi berita gembira ini melalui laporan Mstar, jelas Izzue dia bertemu dengan Tunku Azizah di belakang pentas selepas habis pementasan teater Mak Yong pada Oktober lalu.

Kata Izzue dia sangat terharu dengan niat Tunku Azizah selain berada terkejut dengan tawaran bantuan yang diberikan.

Bagaimanapun kata Izzue buat masa ini dia masih belum berkesempatan bertemu dengan Tunku Azizah kerana kekangan waktu disebabkan jadual kerja. Namun dia sudah merancang untuk bertemu dengan pengasas Yayasan Fertiliti Tunku Azizah tidak lama lagi.

Semenatar itu Izzue Islam dan isterinya, Awin atau nama sebenarnya Nurinafilah Waharudin berkahwin pada 2 Jun 2013. Selepas beberapa tahun berkahwin pasangan bahagia ini masih lagi mencuba untuk mendapatkan zuriat.

Semoga dipermudahkan urusan, Izzue dan isterinya dalam mendapatkan zuriat.