Gadis 13 tahun dipaksa jadi isteri kelima, kena jaga anak tiri sebaya

DIPAKSA berkahwin dengan lelaki yang layak digelar bapa, malah terpaksa pula menjaga anak suaminya itu yang sebaya dengan usianya.

Itu episod malang menimpa seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di Filipina, lapor Harian Metro.

Memetik laporan asal Daily Mirror, remaja itu dipaksa berkahwin dengan seorang petani, Abdulrzak Ampatuan, 48, di sebuah bandar di Mamasapano.

Beberapa keping gambar majlis perkahwinan pasangan itu yang berlangsung di Maguindanao, 22 Oktober lalu, menjadi viral di media sosial.

Difahamkan, pengantin remaja itu sah menjadi isteri kelima petani itu dalam upacara perkahwinan Islam.

Bagaimanapun, Abdulrzak tidak sedikit pun sesal menikahi remaja sebaya anaknya itu.

Dia sebaliknya mendakwa merancang memiliki anak bersama isteri baharunya ketika usia remaja itu mencecah 20 tahun.

“Saya sangat gembira menemuinya dan dapat menghabiskan hari saya bersamanya.

“Dia akan menjaga anak saya,” katanya.

Katanya, dia akan menghantar isterinya itu belajar, sementara mereka belum bersedia memiliki anak.

Sesetengah tempat di Filipina terutama wilayah majoriti Muslim di Mindanao, membenarkan perkahwinan individu di bawah umur, asalkan dia sudah mencapai usia akil baligh.

Sementara itu, data Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) menunjukkan Filipina pada kedudukan ke-12 negara dengan jumlah pengantin kanak-kanak atau remaja iaitu 726,000 orang.

Sumber: Harian Metro

Most Popular

Faizal Azumu kini Menteri Besar Perak sementara

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan beliau kini kekal menjadi Menteri Besar Perak namun ia dibawah kerajaan sementara sehingga rombakan baru...

“Saya tak akan bubar DUN” – Ahmad Faizal

DATUK Seri Ahmad Faizal Azumu berkata beliau tidak akan mengusulkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bagi menyembah...

Danial Zaini buat pengakuan jujur – “Video tular atas katil tu memang diri saya”

PELAWAK Danial Zaini akhirnya mengakui video tular di atas katil sambil menyanyikan sebuah lagu di laman Twitter adalah dirinya. Danial atau nama sebenarnya Mohamad Danial Mohd Zaini, 27,...

MB Perak gagal peroleh majoriti, akan berlaku peralihan kuasa?

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi usul undi percaya terhadapnya hari...