Lacoste tak guna! Bermodalkan air liur, lelaki jaja ‘kisah sedih’ perdaya wanita di Tinder

MEMANG dasar buaya darat! Seorang lelaki di United Kingdom hanya menggunakan ‘modal air liur’ dengan menjaja kisah sedih memerlukan wang untuk mendapatkan buah pinggang baharu bagi menjerat ramai wanita di aplikasi Tinder, lapor Harian Metro.

Memetik laporan asal WalesOnline, Mahkamah Crown Swansea diberitahu, tertuduh Paul Simon Gillet, 30, sebelum ini memperdayakan seorang wanita bernama Rebecca Rouse, yang dikenalinya menerusi aplikasi itu.

Lelaki itu didakwa menggunakan alasan memerlukan wang untuk mendapatkan buah pinggang baharu sehingga menyebabkan wanita terbabit menyerahkan 3,000 Pound Sterling (RM16,283).

Penipuan Gillet tidak terhenti di situ apabila dia memperdayakan banyak wanita lain sehingga mengumpul wang haram berjumlah 158,000 Pound Sterling (RM857,605).

Pendakwa raya, Helen Randall memberitahu dalam satu kes, Gillet bertemu dengan seorang wanita dan kemudian menetap bersama mangsa dan anaknya.

Dia kemudian memperoleh sejumlah wang dengan menggunakan nama wanita itu untuk mendapatkan pinjaman kewangan.

Selain itu, dia berjaya memujuk wanita itu membuat pinjaman bagi membayar wang pendahuluan rumah mereka.

Kemudian, dia cuba mendapatkan pinjaman lebih 41,000 Pound Sterling (kira-kira RM222,543) dengan menggunakan maklumat peribadi wanita itu.

Gilet juga menipu mangsa dengan mengatakan buah pinggangnya bermasalah dan perlu segera menjalani pemindahan organ.

Akibat ditipu, wanita terbabit terpaksa hidup dalam ketakutan kerana dikejar pemiutang sehingga dia bimbang untuk menjawab panggilan telefon dan membuka pintu rumah.

Hakim Huw Rees berkata, tindakan defendan menggunakan pelbagai tipu muslihat bagi mendapatkan wang memberi kesan buruk kepada emosi mangsa.

“Kamu lelaki yang betul-betul tidak jujur. Kamu seakan-akan menjadikan ini (menipu) sebagai pekerjaan untuk memperdaya dan menipu orang tak bersalah,” katanya seperti dipetik dalam portal Daily Star.

Gillet kini menjalani hukuman penjara lebih empat tahun atas semua kesalahan berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Most Popular

**DIKEMASKINI: Didakwa terlibat kes rogol, cabul serta seks luar tabii, enam laporan polis dibuat terhadap pendakwah selebriti

PENDAKWAH selebriti yang kini sedang ditahan reman bagi membantu siasatan dakwaan kes rogol seorang kenalannya, dilaporkan terlibat dengan satu lagi kes dakwaan...

Susulan suspek warga Nigeria campak cucu dari tingkat 3 – sakit mental atau ajaran sesat?

TERLIBAT ajaran sesat ataupun menghidapi masalah mental? Itu dua kemungkinan berhubung suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya dari tingkat tiga...

Pramugari tawar khidmat pelacuran dalam ‘flight’, syarikat penerbangan mulakan siasatan

SYARIKAT penerbangan British Airways menjalankan siasatan selepas timbul dakwaan ada pramugari mereka menawarkan khidmat pelacuran di dalam penerbangan. Kru kabin...

Warga emas maut ditetak dalam insiden samun

SEORANG lelaki warga emas maut di kediamannya selepas terlibat insiden samun bersenjata selepas ditetak manakala isterinya turut dilaporkan cedera di Jalan Mambu, Bukit...