Kutu punya hal, pekerja bakar kedai tauke sayur

GARA-GARA berang dengan majikan, seorang pekerja bertindak membakar kedai majikannya di Pasar Borong Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S.Shanmugamoorthy berkata pemilik premis mendapati kedainya hangus terbakar sebaik tiba di tempat kejadian.

“Antara barang-barang yang terbakar ialah sayur pelbagai jenis termasuk bakul dan troli dengan nilai kerugian dianggarkan sekitar RM2000,” katanya.

Suspek yang berusia 26 tahun itu bagaimanapun terlebih dahulu telah berjaya ditahan pihak polis di Balai Polis Sri Murni.

Namun berdasarkan siasatan awal pihak polis, wujud unsur tidak puas hati antara majikan dan pekerjanya yang telah diberhentikan berkaitan bayaran kutu.

Suspek telah dituduh hari ini mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.