Bapa Saudara Galas Tanggungjawab Jaga Attar Azim

Bapa saudara kepada Attar Azim Syukran Jamil akan menggalas tanggungjawab menjaga kanak-kanak berkenaan yang kehilangan empat ahli keluarga termasuk ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 76.5 Jalan Kota Bharu – Gua Musang dekat Kampung Pahi, Kuala Krai, Kelantan pada Sabtu lepas.

Nor Azam Ab Hamid, 45, berkata tugas menjaga Attar Azim berusia sembilan tahun itu yang merupakan anak kepada arwah adiknya, Syukran Jamil Ab Hamid, 35, akan dilaksanakan sebaik mungkin.

Semalam, jenazah Syukran Jamil dan isterinya Noor Aishah Razali, 35, bersama dua anak mereka Ahya Rafiqi, 6, dan Lufya Adeena berusia setahun selamat dikebumikan di dalam satu liang lahad kira-kira pukul 11 malam.

Sumber : Bernama