Elak sekatan jalan raya, penduduk kampung ini pakat naik rakit balik kampung!

SEJAK pandemik Covid 19 melanda, pelbagai prosedur standard operasi (SOP) yang perlu dipatuhi oleh orang ramai termasuklah dengan tidak dibenarkan merentas negeri dan daerah bagi menjaga keselamatan banyak pihak. Ia menjadi lebih sedih apabila kita semua tidak dapat pulang ke kampung pada hari raya aidilfitri.

Di Indonesia, sekatan jalan raya di sempadan kawasan dan wilayah juga turut diadakan tetapi tidak ada sesiapa pun dapat menghalang penduduk kampung di Jawa Barat ini dari pulang ke kampung lebih awal bagi menyambut hari raya bersama keluarga.

Difahamkan mereka menggunakan laluan alternatif iaitu rakit bagi melintasi beberapa batang sungai agar dapat merentas wilayah. Ini kerana mereka mengelak dari melalui jalan jambatan Mangati di mana lokasi sekatan jalan raya yang akan dilakukan oleh pihak berkuasa.

Walau bagaimanapun, Ketua Desa Sidaharja, Maman Superman menegaskan bahawa laluan sungai itu sebenarnya sudah lama digunakan oleh penduduk di situ kerana lebih cepat sampai.

Namun, pengguna laluan itu dilihat semakin meningkat semenjak sekatan jalan raya dilakukan kebelakangan ini.

Sumber: Jabar News, Kisah Dunia