Langgar SOP, Bossku didenda RM3000, Pengurus restoran RM10,000

SEORANG pengurus restoran dikenakan kompaun RM10,000, manakala Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dikompaun RM3,000 atas kesalahan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) pada Mac lalu.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Jelasnya, Wei Hoa yang juga Pengurus Restoran Nasi Ayam Chee Meng didapati gagal mengarahkan Najib mengimbas suhu dan mendaftar diri ketika memasuki premis Nasi Ayam Chee Meng di Bukit Bintang.

Manakala Najib dikenakan kompaun atas dua kesalahan iaitu gagal mengimbas suhu badan dan mendaftar kehadiran ketika

“Pada 6 Mei 2021, kertas siasatan kes pelanggaran sop norma baharu oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Restoran Nasi Ayam Bukit Bintang telah dikembalikan dari Pejabat Peguam Negara.

“Yeok Wei Hao selaku Pengurus Restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 apabila gagal mengarahkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membuat imbasan MySejahtera atau menulis nama dalam buku daftar sebagaimana yang disyaratkan dalam SOP norma baharu yang sedang berkuatkuasa,” katanya pada Khamis.

Dia didapati melakukan kesalahan dibawah peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam kawasan tempat penyakit berjangkit) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (NO4) 2021.

Manakala Najib didapati melakukan kesalahan dibawah Peraturan 19 Peraturan yang sama kerana melanggar SOP PKPB.

“Pihak PDRM menasihati orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi COVID-19.