Dua beradik tersilap kahwini pengantin lelaki gara-gara bekalan elektrik terputus semasa majlis

Dua beradik tersilap kahwini pengantin lelaki gara-gara bekalan elektrik terputus semasa majlis

GARA-gara bekalan elektrik terputus ketika upacara perkahwinan, dua beradik pengantin perempuan di India secara tidak sengaja mengahwini pengantin lelaki yang salah.

Majlis perkahwinan dua pasangan pengantin itu berlangsung di sebuah kampung di negeri Madhya Pradesh, lapor Kosmo

Kejadian dikatakan berlaku selepas sami tetap meneruskan upacara perkahwinan dalam keadaan gelap sehingga tidak sengaja tertukar antara dua pasangan berkenaan.

Bapa pengantin perempuan yang dikenali sebagai Ramesh Lal berkata, sami itu mungkin keliru kerana kedua-dua anaknya memakai pakaian merah dengan selendang menutup bahagian muka. 

Dua anak pengantin tersebut, Nikita dan Karishma dijadualkan melangsungkan perkahwinan dengan Dangwara Bhola dan Ganesh, dua lelaki daripada keluarga berbeza.

Kesilapan itu hanya disedari apabila dua pengantin lelaki tersebut membawa isteri masing-masing pulang ke rumah. 

Bagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada dua pengantin perempuan itu mengenali lelaki yang mereka nikahi atau tidak. Mereka telah diminta mengulangi acara perkahwinan sekali lagi pada hari berikutnya.

Sumber: Kosmo