” Tak Kira Ahli Politik, Perniagaan, Siapa Sahaja” – Menteri Tegaskan Polis Ada Hak Semak Handphone Orang Awam

Lepas ni korang berjaga-jaga!

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman menjelaskan hari ini bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai hak untuk menyemak telefon bimbit orang awam!

 

Untuk memastikan tiada sebarang bentuk komunikasi yang mengancam keselamatan orang lain dan Negara.

Tujuan ia dilakukan bagi memastikan tiada sebarang bentuk komunikasi berunsur lucah, jelik, mengugut, dan mengancam keselamatan orang lain dan Negara.

Kata Mohd Azis dalam persidangan Dewan Rakyat itu lagi, perkara itu dibenarkan untuk menjaga ketenteraman awam berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

” Bagaimanapun orang ramai perlu tahu hak mereka semasa semakan rambang dilakukan termasuk boleh meminta identiti pegawai polis yang melakukan pemeriksaan sebagai rekod jika ada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).”

Sementara itu, Mohd Azis berkata pihak polis akan menggunakan setiap elemen termasuk ‘phone-bugging’ atau tapping untuk memastikan siasatan dapat berjalan jika timbul isu keselamatan yang dilaporkan melibatkan mana-mana pihak.

” Ia tidak mengenal sama ada orang itu ahli politik, ahli perniagaan atau sesiapa yang dirasakan mempunyai kebarangkalian untuk melakukan perkara-perkara yang menyentuh isu keselamatan, saya yakin pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya.”

Bagaimanapun, jika orang awam merasakan ada pelanggaran SOP dilakukan oleh pihak polis, mereka boleh membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran atau di Bukit Aman.