“Seorang budak berusia tiga tahun, parah diserang kera”

Kredit-Mstar

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun parah pada kedua bahagian kakinya selain cedera pada kepala dan belakang badan akibat diserang kera di kedai makan di Lebuh raya Muadzam Shah, Johor, pada Khamis lalu

Kemudian, menurut sumber Berita Harian, melaporkan kanak-kanak itu sudah berada dalam keadaan stabil.

Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azari Miskun, berkata mangsa berusia tiga tahun itu kini dirawat di Hospital Segamat.

“Kejadian juga sudah dimaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) yang kemudian berjaya mengesan dan menangkap haiwan itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian 3.30 petang Khamis lalu, Syed dipercayai digigit oleh haiwan itu ketika sedang menonton video pada telefon bimbit ibunya yang sedang mengambil makanan di dapur sebelum mendengar jeritan mangsa dan terus menghalau kera terbabit.

Tambah Azari, berdasarkan laporan diterima, kanak-kanak itu digigit seekor kera yang sering berkeliaran di kawasan kedai makan berkenaan.

Sementara itu, Pengarah PERHILITAN Pahang, Rozidan Md Yasin, berkata kera itu berjaya ditangkap pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Beliau turut menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada dengan tidak memberi makanan kepada kera.

“Tabiat memberi makanan kepada kera akan menjadikan haiwan itu bergantung kepada manusia. Jika terdapat halangan untuk mendapatkan makanan, kera berpotensi untuk merampas dan mencederakan orang yang menghalang.

“Yang kerap menjadi sasaran serangan kera adalah kanak-kanak. Saya minta ibu bapa atau orang yang lebih dewasa mengawasi anak-anak mereka dan elak berada di kawasan yang ada kehadiran kera,” katanya.