Cinta Lindsay Lohan Milik Putera Arab?

Putera Arab Saudi – Mohammad bin Salman

Ayah kepada selebriti Lindsay Lohan menolak anaknya itu mempunyai hubungan cinta dengan Putera Arab Saudi Mohammad bin Salman bin Abdulaziz Al Saud. Melalui laporan Dailymail, dia menjelaskan hubungan itu sebagai rapat tanpa ada elemen cinta yang wujud.

Michael Lohan yakin keakraban anaknya dan Mohammad berlaku kerana anaknya itu sering berada di Negara Timur Tengah untuk membantu pelarian.

Sementara itu hubungan antara Lindsay dan Mohammad mula menjadi perhatian apabila rakan terdekat selebriti ini memberitahu pelakon filem Herbie : Fully Loaded ini sering berbalas pesanan ringkas melalui telefon.

Selain itu melalui kekayaan yang dimiliki Mohammad juga membolehkan Lindsay sering menerima pelbagai hadiah mewah.

Malah baru-baru ini juga melalui laporan Page Six Lindsay juga turut terbang kebeberapa buah Negara menggunakan pesawat peribadi putera tersebut.

Melalui kenyataan wakil Lindsay, mereka tidak menafikan hubungan yang terjalin. Malah Lindsay dan Mohammad juga berkenalan kira-kira setahun lalu ketika menghadiri acara Formula One Grand Prix.

Malah lebih menguatkan desas desus mengenai hubungan yang terjalin juga Lindsay sebelum ini juga pernah mengejutkan dunia apabila memberitahu dia berminat mengenai Agama Islam selain sedang mendalami Islam melalui Al-Quran.