Cristiano Ronaldo Orang Pertama Miliki 600 Juta ‘Followers’ Instagram, Lionel Messi Di Kedudukan Kedua

Foto : Kosmo

PETALING JAYA – Pemain bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo menjadi pengguna Instagram pertama memiliki 600 juta pengikut apabila berjaya mencapai angka bersejarah itu.

Pada masa sama, akaun peribadi beliau dinobat sebagai kedua paling banyak selepas akaun rasmi Instagram dengan 650 juta pengikut.

Sementara itu, pesaing terhampir beliau ialah pemain terbaik dunia yang juga pemenang Piala Dunia 2022, Lionel Messi dengan 480 juta pengikut, setakat ini.

Bagaimanapun, jumlah pengikut Instagram Messi dilihat meningkat mendadak dengan pertambahan lebih 100 juta orang sejak beberapa minggu lalu, selepas disahkan menyertai pasukan bola sepak Inter Miami. 

Sumber : Kosmo