Pemancing Jatuh Dan Hilang Ketika Memancing Di Laut Ditemukan Lemas

Gambar hiasan | Foto : The News Minute

NIBONG TEBAL – Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh dan hilang ketika memancing di laut berhampiran sangkar ikan di Pulau Aman, Batu Kawan ditemukan lemas, semalam.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kawan Azmi Tahar berkata, mangsa, Mohammad Azali Mohd Azrin, 28 tahun yang dilaporkan terjatuh ke dalam laut kira-kira 11.42 pagi ditemukan pada pukul 4.14 petang.

“Pihak bomba menerima maklumat seorang lelaki telah terjatuh ke dalam laut ketika sedang memancing dan kami menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebelum mayatnya ditemukan kira-kira 4.8 kilometer dari tempat dia terjatuh,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Tambah Azmi, operasi tamat sepenuhnya pada 5.23 petang.