Ladang Jagung Di Tengah Jalan Utama Tanda Protes

Laluan Jalanraya Bandaraya Yogyakarta

Marah dengan sikap sambil lewa kerajaan tempatan dalam menyediakan kemudahan untuk penduduk setempat, warga kota di Bandar Yogyakarta tampil dengan protes yang luar biasa.

Sepatutnya projek saluran air untuk banjir di lokasi ini sudah lama siap namun selepas sekian lama diabaikan beberapa penduduk mengambil keputusan untuk menanam jagung dilokasi tersebut.

Beberapa keping gambar yang viral di laman sosial warganet Indonesia kini menerima pelbagai pendapat berbeza penduduk Negara itu.

Melalui laporan detikcom memang terdapat ladang jagung yang tular di lokasi tersebut. Malah mengikut perkiraan mereka, usia tanaman itu juga sudah masuk dua bulan.