Buli, 3 Pelajar Sumbat Cebisan Kertas Dalam Mata Sehingga Penglihatan Terjejas, Pengetua Respon Mereka Bergurau Sahaja.

Seorang pelajar perempuan berusia 7 tahun di Henan, China mendakwa dia kerap dibuli tiga pelajar lelaki di sekolahnya, sehinggalah kejadian yang baru-baru ini di mana mereka bertindak keterlaluan.

Mangsa mendakwa, tangan dan kakinya ditahan oleh dua pelajar terbabit, sementara seorang lagi pelajar lelaki itu mengoyakkan kerja sekolahnya sebelum mengambil cebisan kertas yang digulung dan disumbat ke bahagian dalam mata mangsa.

06 November 2019, ibunya mendapati terdapat banyak cebisan kertas di mangsa. Selepas ditanya, mangsa mendedahkan dia telah dibuli oleh rakan kelasnya.

Mangsa dibawa ke hospital di Zhengzhou, Beijing. Doktor memaklumkan mereka tidak pernah menerima kes seperti itu, Sejumlah besar kertas kecil dikeluarkan dari mata mangsa.

Apa yang teruknya ialah, terlalu banyak cebisan kertas yang dimasukkan ke dalam mata dan masih ada kertas yang tidak dapat dikeluarkan. Akibatnya, tahap penglihatan mangsa terjejas.

Sementara itu, pengetua sekolah itu berkata, ” Budak-budak ni berusia 7 tahun atau 8 tahun, mereka tiada niat jahat. Mereka hanya bergurau sahaja. ” katanya.