Bekas Anggota Ukays, Maut Si Syria

Bekas pemain gitar kumpulan Ukays, Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Akel Zainal disahkan maut bersama isteri dan dua anaknya dalam serangan udara di Syria Mac lalu.

Menerusi laporan Berita Harian, Akel yang menyertai Daesh pada 2014, maut apabila terkena bom di rumah mereka yang terletak di Baghouz oleh tentera Russia.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, menjelaskan hasil risikan juga seorang lagi rakyat Malaysia turut maut Januari lalu.

“Ini (kematian Akel Zainal dan keluarga) hasil maklumat risikan diterima.”

Dalam perkembangan berkaitan, seorang lagi rakyat Malaysia dikenali sebagai Abu Ain atau Mohd Rafi Udin, 53, yang juga anggota Daesh dilaporkan maut pada Januari lalu, juga dalam serangan udara Russia di Syria,” katanya.

Pada Oktober 2014, Akel dipercayai merekrut wanita khususnya daripada institusi pengajian tinggi tempatan untuk ke Syria.

Seorang bekas pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Syamimi Faiqah yang dipercayai lari ke Syria, dilaporkan berkahwin dengan Akel selepas berkenalan menerusi Facebook.