Budak meninggal selepas bateri telefon bimbit meletup di muka!

SEORANG kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas bateri telefon bimbitnya meletup di mukanya.

Kejadian malang yang menimpa kanak-kanak berusia 12 tahun itu berlaku di perkampungan Matwar, Halia, India, lapor Awani.

Insiden meragut nyawa itu berlaku selepas kanak-kanak malang itu cuba menguji kuasa bateri telefon bimbitnya selepas ia dicas menggunakan pengecas ‘jugaad‘ (sambungan pengecas ciptaan sendiri).

Murid darjah enam yang dikenali sebagai Monu itu, dikhabarkan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian lantaran mengalami kecederaan serius pada mukanya.

Monu menyambungkan bateri telefon bimbitnya dengan pengecas itu dan ditinggalkan. Sejam kemudian, dia cuba memeriksan kuasa bateri itu dengan menyentuhnya, namun bateri itu tiba-tiba meletup lalu merobek wajahnya.

Menurut laporan media tempatan, selepas mendengar letupan tersebut, ahli keluarga menemui Monu dalam keadaan terbsring dan berlumuran darah. 

Dia segera digegaskan ke pusat kesihatan di Matwar, dan di situ dia telah disahkan meninggal dunia.

Keluarga Monu difahamkan telahpun melakukan upacara pembakaran mayat tanpa memaklumkan perkara tersebut kepada polis.

Sumber: Awani