Lelaki Maut Berbalas Tembakan Di Jitra

 

Seorang lelaki bersenjatakan pistol maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan sepasukan polis dalam tugas Op Laras di Jalan Bukit Kechil, Napoh pada petang Jumaat.

Menurut laporan Kosmo!, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, suspek ditemui mati di tempat duduk pemandu kereta jenis Proton Saga dalam keadaan berlumuran darah.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh turut berada di lokasi kejadian dan dijangka mengadakan sidang akhbar sebentar lagi.

Sumber : Kosmo