Bapa Warga Amerika Memarahi Anak Dalam Bahasa Mandarin Buat Netizen Terhibur

Mandarin adalah salah satu bahasa yang paling berpengaruh di dunia, jadi tidak hairanlah ramai ibu bapa yang ingin anak mereka mempelajari bahasa itu.

Lebih-lebih lagi buat seorang kanak -kanak perempuan kacukan Cina Amerika ini, ibunya sangat ingin dia menguasai bahasa Mandarin untuk masa depan yang lebih cerah.

Kegigihan wanita itu mengajar anaknya Breanna bahasa Mandarin turut berjangkit kepada suaminya, apabila lelaki warga Amerika itu mula meniru caranya bercakap.

Dalam sebuah video yang tular di China, ramai geli hati melihat aksi lelaki itu memarahi anaknya dalam bahasa Mandarin.

Malah ada juga yang mengatakan bapa itu pasti mampu menyanyi rap dalam bahasa Mandarin apabila anak kecilnya itu memasuki kolej.

Namun menurut ibu Breanna, suaminya sebenarnya tidak pandai bercakap Mandarin dan hanya meniru perlakuannya.

Selain itu, reaksi kanak-kanak itu apabila dipaksa menyebut perkataan dalam bahasa Mandarin juga membuat ramai terhibur.