Sistem Tol Di Dubai Ini Sangat Canggih Dan Dapat Pujian Ramai!

Selepas PLUS menutup semua kaunter tambah nilai kad Touch’n Go untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di plaza tol, kecoh pula di laman sosial mengenai hal ini. Ada sesetengah netizen yang tidak bersetuju dan mendakwa sistem tidak efisyen serta menyusahkan orang ramai.

Walaubagaimanapun, di sebalik kekecohan itu seorang pengguna Twitter berkongsikan satu idea yang mungkin boleh digunakan bagi menyelesaikan masalah pembayaran tol dan kesesakan lalu lintas ini.

Menurut gadis ini, di Dubai tiang seakan pintu gerbang digunakan untuk mengesan ‘kad bayaran’ tol yang dilekatkan di cermin kereta. Ia dapat mengesan tidak kira tahap kelajuan kenderaan itu dipandu. Setiap yang melalui bawah tiang gerbang itu akan dikenakan caj automatik.

 

Namun menerusi ruangan komen, ada juga yang berkongsikan sistem ini telah lama digunakan oleh Singapura. Pada hujung minggu atau masa tertentu sistem tol ini akan ditutup membolehkan pengguna menggunakan laluan ini tanpa perlu risau dikenakan bayaran.

Malah ada juga yang menyatakan sistem ini turut digunakan di beberapa negara lain seperti Kanada, Norway, Australia dan Jerman.

 

 

 

Harapnya satu hari nanti Malaysia pun akan mengaplikasikan teknologi ini untuk bantu melancarkan perjalanan dan memudahkan pengguna.

Sumber : Zaba