Sederhana dan sempoi ” – majlis pertunangan Joe Flizzow dipuji warganet

Kredit-Missdeeds_

Tahniah diucapkan kepada penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow yang telah mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Marini Ramlan.

Walaupun tiada perkongsian di laman sosial masing-masing namun gambar pertunangan pasangan ini dapat dilihat melalui laman sosial milik keluarga dan rakan-rakan mereka.

Sementara itu Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak sudah merisik teman wanitanya Marini atau mesra disapa Nini yang merupakan seorang pelukis profesional. 

Difahamkan kedua mereka juga sudah saling mengenali sekian lama. Sementara itu peminat tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah atas pertunangan ini.

Selain itu peminat Joe dan Marini juga turut memuji majlis pertunangan pasangan ini yang cukup ringkas.

Pakaian pasangan ini turut menjadi buah mulut memandangkan Joe dan Marini dilihat memakai pakaian tradisional yang cukup memukau.

Sementara melalui kapsyen yang ditinggalkan beberapa keluarga mereka di media sosial Joe akan bergelar suami pada April tahun hadapan.