Polis buru lelaki beronani belakang rumah

POLIS menerima laporan berhubung video tular mengenai seorang lelaki yang melakukan onani di belakang sebuah rumah.

Kejadian berlaku di kawasan perumahan di Seksyen 23 Shah Alam.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya telah menerima laporan pada 27 April lalu.

Laporan dibuat susulan pemakluman oleh jiran pengadu yang memaklumkan mengenai perbuatan tidak bermoral tersebut.

Rakaman CCTV yang tular

Bagaimanapun hasil siasatan mendapati tiada sebarang kesan cubaan untuk memecah masuk rumah.

“Rakaman CCTV tidak dapat memaparkan dengan jelas wajah suspek dan disyaki bukan warga tempatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Setakat ini, polis masih giat melakukan usaha untuk mengesan suspek.

Baru-baru ini, video berdurasi 1 minit 19 saat itu tular di media sosial yang memaparkan perbuatan tidak senonoh itu.