Pencipta bersama Doraemon meninggal dunia pada usia 88 tahun

PENCIPTA bersama (co-creator) komik manga terkenal Doraemon, Fujiko Fujio A dilapor meninggal dunia pada usia 88 tahun di kediamannya pada pagi Khamis.

Pihak polis pada awalnya menerima laporan mengenai kejadian Fujiko yang dilapor rebah sekitar pukul 8:40 pagi di kediamannya di Kawasaki.

Bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia ketika pihak polis tiba di lokasi kejadian.

Hasil pemeriksaan awal mendapati mendiang tidak mengalami sebarang kecederaan atau luka yang mencurigakan.

Fujiko Fujio A (kanan) bersama Hiroshi Fujimoto

Fujiko atau nama sebenarnya Motoo Abiko merupakan anak lelaki sulung kepada seorang sami di sebuah kuil bersejarah yang terletak di wilayah Toyama tengah.

Namun difahamkan mereka telah meninggalkan kuil tersebut selepas ayahnya meninggal dunia.

“Kematian ayah memberi impak yang banyak dalam perubahan hidup saya, jika dia tidak meninggal saya mungkin akan menjadi seorang sami ketika ini,” katanya kepada agensi media Asahi Shimbun pada 2020.

Menariknya, ketika di sekolah menengah, beliau berkawan dengan Hiroshi Fujimoto dan kemudiannya mula mencipta kartun Jepun yang terkenal ‘Doraemon’.

Dan sejak dari itu, kerjasama antara mereka mula terjalin erat.

Fujiko juga turut menghasilkan pelbagai manga sendiri termasuk Ninja Hattori

Mereka mulakan kerjaya sebagai rakan kongsi pada tahun 1951 dan bersama-sama menghasilkan karya dengan nama pena ‘Fujiko Fujio’ dan berkongsi sebuah apartment di Tokyo bersama artis manga lain yang terkenal seperti Osamun Tezuka.

Ketika awal kerjaya, mereka giat memproduksi sebuah iklan ‘Q-Taro’ yang mengisahkan ‘anak hantu’ yang baik budi pekerti tapi nakal yang tinggal bersama-sama keluarga manusia. Iklan ini mendapat tempat di mata Jepun dan juga negara luar ketika itu.

Selain itu, Fujiko juga menghasilkan pelbagai manga sendiri termasuk Ninja Hattori, seorang ninja yang menjadi kawan baik kepada kanak-kanak biasa serta karya-karya lain untuk golongan dewasa.

Sumber: Siakap Keli